Saturday 26 January 2013

APCO Worldwide perlu dinyahkan dari Malaysia - Siri 1

Sebagai umat Islam, kita perlu jelas bahawa isu APCO ini bukanlah isu berkaitan kepartian politik semata-mata. Walau isu ini dibawa oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim pada mulanya, dan disambut oleh pemimpin Pakatan Rakyat yang lain, tetapi ianya adalah isu ummat. survival umat Islam di Malaysia khususnya dan umat Islam sedunia yang lain

Apabila berlaku kebangkitan rakyat di negara-negara arab, ianya menjadi ketakutan bagi Yahudi Zionis ini. Satu persatu negara yang dahulunya dipimpin oleh boneka mereka kini bertukar tangan kepada orang2 yang punya hubungan rapat dengan gerakan Islam seluruh dunia


Oleh kerana itu Yahudi merasakan kebangkitan ini perlu disekat. Malahan di Mesir ketika ini mereka menaja satu lagi demonstrasi untuk menjatuhkan kepimpinan sdr. Mohd Morsi dan ikhwanul muslimin


Di Malaysia, mereka mendapat laluan mudah apabila Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Najib Razak menjemput APCO Worldwide untuk menjadi penasihat. Siapa APCO Worldwide ini sedara boleh cari di Internet dan ramai pun dah tahu.


Walaupun peringkat awal Najib menggunakan APCO untuk menaikkan imej beliau yang sudah teruk dengan pelbagai skandal, namun apabila melihat keberkesanannya, maka dia telah ambil "FULL PACKAGE" atas banyak nasihat untuk negara


Apa yang telah terjual?


Kapal dagang Israel dan kapal perang Amerika dibenarkan untuk berlabuh di Port Kelang. Ini yang kita tahu. Yang kita tak tahu????????????


Oleh kerana itu Ulama'2 besar ini tadi mahukan Malaysia mempunyai kerajaan baru. Ini kerana sekiranya APCO berjaya membantu BN mengekalkan kuasa pada PRU13 ini, maka kita tidak tahu apa yang akan dikompromi lagi untuk puak2 ini.


Dunia Islam melihat Malaysia sebuah negara yang boleh menyatukan negara2 Islam yang lain. Ini kerana pendekatan dakwah gerakan Islam di Malaysia yang lembut tetapi berprinsip. Malaysia mempunyai pemimpin2 yang dihormati oleh kebanyakan dunia Islam (merujuk kepada DS Anwar, Tn Guru Hj Hadi, Dr. Mohd Nur Manutty dll). Maka ketokohan mereka amat dihormati oleh negara2 Islam yang lain.


Walaupun Najib Razak sekarang cuba untuk menjadi hero dengan cuba menjadi orang tengah bagi berbagai2 isu umat Islam di Asia Tenggara, namun kita tahu Najib tidak ada ketokohan itu.


Maka sebab itu kita memerlukan kepimpinan kerajaan yang baru. Kepimpinan yang akan membuang APCO ini dari bumi Malaysia yang kita cintai


INGAT!!!!! APCO TIDAK PERNAH KALAH DLM MEMENANGKAN ORG2 YG MEREKA NASIHAT DALAM PILIHANRAYA NEGARA MASING2. JIKA KITA BERJAYA MENGALAHKAN BN DALM PRU13 KALI INI, MAKA INI PUKULAN YANG HEBAT BUAT PUAK2 ZIONIS INI

Thursday 10 January 2013

APCO Worldwide perlu dinyahkan dari Malaysia - Siri 1


Apabila kita bercakap mengenai Yahudi Zionis ini, perkara pertama yang akan terlintas di pemikiran kita ialah keganasan Yahudi Israel Zionis terhadap umat Islam di Palestin. Isu Palestin ini sudah begitu lama dan tiada langsung tanda-tanda yang ianya akan berakhir.

Kita juga seharusnya melihat bahawa agenda Yahudi Zionis bukan sekadar untuk menakluki Palestin tetapi mereka juga mahu menghapuskan Islam secara keseluruhannya secara jasmaniah atau rohaniyah di atas muka bumi Allah ini.

Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran surah Al-Baqarah ayat 120:

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu."

Dalam Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa Yahudi tidak akan berhenti selagi umat Islam tidak mengikut mereka dan sesiapa yang menolak petunjuk Allah dan menjadikan Hawa Nafsu Yahudi dan Nasrani sebagai ikutan, maka Allah akan cabut ikatan dan pertolongan daripadaNya.

Dalam satu ayat yang lain, Surah Al-Maidah ayat 82, Allah menyatakan bahawa Yahudi Zionis ini sememangnya akan memusuhi Islam sekeras-kerasnya: 

Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik.....

Kebangkitan Islam secara Global

Akhir-akhir ini, apabila kebangkita gerakan Islam dalam menguasai pemerintahan negara terutamanya di Timur Tengah amat membimbangkan Yahudi Zionis. Dengan kemenangan Ikhwanul Muslimin di Mesir, maka Yahudi Zionis cuba mencipta suatu lagi kebangkitan untuk menjatuhkan Mohd Morsi dan kepimpinan Ikhwanul Muslimin.

Oleh itu, apabila berlaku kebangkitan rakyat Syiria terhadap regim zalim Bashar al-Assad, mereka cuba untuk mencucuk jarum agar kepimpinan Syiria tidak jatuh ke tangan kebangkitan rakyat yang dipimpin gerakan Ikhwanul Muslimin sekiranya Bashar tumbang. Maka mereka mencari-cari jalan untuk menangani isu tersebut menggunakan Amerika.

Apa yang ditakuti oleh Yahudi Zionis ialah sekiranya pemimpin-pemimpin gerakan Islam yang mendominasi kepimpinan negara, maka usaha mereka untuk terus menawan palestin dan menghancurkan Islam menjadi semakin sukar.

Senario di Malaysia dan kaitan dengan Yahudi

Kehadiran 3 tokoh ulamak besar dunia ke Malaysia seperti:

1. Dr. Yusuf Al-Qardhawi
2. Dr. Wahbah Az-Zuhaili
3. Dr. Mohd Ali As-Sabouni

menjadi suatu titik persoalan kepada kita. Sedangkan mereka sebelum ini hanya menumpu kepada bidang ilmuan dan jarang mencampuri urusan politik negara. Malahan Dr. Ali As-Sabouni dalam ucapannya kepada pelajar-pelajar UKM baru-baru ini menyebut agar mereka memilih pemimpin yang baik, adil dan perihatin kepada rakyat (merujuk kepada kepimpinan PR) dalam PRU ke 13 ini. Dr. Yusof Al-Qardhawi juga menyebut dalam laman webnya bahawa InsyaAllah PR akan menang dalam PRU 13 ini.

Mereka ini adalah golongan yang taqarrub dgn Allah SWT. Jadi pandangan mereka tidak boleh dipandang enteng.

Kenapa ini berlaku? Malaysia hanya sebuah negara kecil sahaja tetapi kenapa ianya menjadi tumpuan mereka? Ini akan diceritakan akan datang.

Sunday 6 January 2013

Terima Kasih Ayahanda. Daku memulakan langkah perjuangan Da'wah dan Tarbiah di Landasan Siyasah

1. Di suatu hari dan di suatu masa yang telah ditetapkan oleh Allah Yang Maha Besar, aku dipanggil oleh ayah. Dan aku diberikan tugasan olehnya.

2. Alhamdulillah. Aku mesti pikul amanah dan tanggungjawab. Perjuangan Da'wah dan Tarbiah mesti dihijrahkan ke semua lapangan.

3. Di saat ini, kusujud kepadamu Illahi Rabbi dan berikanlah aku petunjuk di jalan yang Lurus Siraat Al Mustaqiim. Bersihkan Jiwa. Kuatkan Rohani. Teguhkan Aqidah. Tauhidku mesti utuh seutuh tiang yang menegakkan addin dalam diriku.

Ayahyanda Yang Kukasihi - Kita berkasih di dalam Tarbiah, kita berkisah ditekuni Da'wah 
1. Kisah Ayah, ABIM dan KPIP

Semasa ayah berada di Taiping, dikunjungi Anuar Tahir, aktivis ABIM ketua Kesatuan Pelajar Islam Perak (K.P.I.P.). Kunjungannya yang bermakna dalam mengatur langkah perjuangan seterusnya. Beliau bercerita kepada ayah tentang kegiatan-kegiatan ABIM, khasnya di negeri Perak. Di antara kegiatan itu ialah membuka sebuah institusi pendidikan yang hampir sama dengan Institut Harapan – iaitu membantu anak-anak bangsa yang "drops out" supaya mereka dapat meneruskan pelajarannya sehingga ke universiti. Institusi ini sedang mendapat sambutan hangat dari pelajar-pelajar. Jumlah pelajarnya sudah mendekati ribuan orang. Ceritanya cukup menarik perhatian ayah, dan pada tahun berikutnya, iaitu tahun 1979, beliau datang lagi mengunjungi ayah bersama Bapak Dr. Deliar Noor. Bapak Deliar yang sudah ayah kenal semenjak awal tahun 1960 an semasa belajar di Universiti Islam Sumatera Utara. Pada masa itu mereka sedang sibuk dalam perjuangan menghadapi kemaraan Partai Komunis Indonesia (P.K.I.). Ayah ketika itu adalah pensyarah di Universiti Sumatera Utara (USU). Kami yang tergabung di dalam H.M.I. dan P.I.I. menjadikan beliau tempat rujukan dalam mengatur strategi dalam menghadapi kegiatan-kegiatan P.K.I..

Anuar memberitahu ayah bahawa beliau telah berpindah ke Kuala Lumpur atas permintaan pimpinan ABIM Pusat untuk membantu kerja-kerja ABIM dan telah dilantik menjadi wakil WAMY dan IIFSO bagi kawasan Asia Pasifik. Beliau mengharapkan kalau ayah dapat berpindah ke Ipoh untuk membantu kawan-kawan di Institut Sofar – iaitu nama bagi institut pendidikan yang baru dibuka itu. 

Kemudian ayah dikunjungi oleh Fadhil Alias, seorang guru muda di Institut Sofar di Ipoh. Beliau menyampaikan permintaan teman-teman di Institut Sofar supaya dapat berpindah ke Ipoh untuk sama-sama berkhidmat di Institut Sofar. Dengan itu, pada bulan Jun 1980, ayah bersama ibu dan enam orang anak (ketika itu saya adalah anak yang keenam dan berusia 2 tahun) berpindah ke Ipoh untuk berkhidmat di Institut Sofar.

2. Berhijrah ke Ipoh Dan bergiat di Institut Sofar

Pengetua Institut Sofar ialah saudara Abdul Halim bin Ismail (Tuan Haji) yang baru menyelesaikan studinya di Fakulti Ekonomi Universiti Malaya. Beliau dibantu oleh beberapa orang tenaga muda lulusan universiti. Di antaranya saudara Syed Dawilah (Prof. Dr.), Mohammad Ridzuan Othman (Prof. Dr.), Muhammad Munawwar, Jamaluddin Maidin, Abdul Ghani Dahlan, Syed Muhsin dan yang lain-lain. Malahan ada beberapa orang guru wanita lulusan universiti. Mereka semua amat komited dengan ABIM yang melahirkan kesatuan fikrah dalam memberikan bimbingan dan tarbiah kepada pelajar-pelajar yang belajar di Institut Sofar. 

Nampak jelas perbezaan di antara pelajar-pelajar Institut Sofar dengan pelajar-pelajar lain dari sudut disiplin, pakaian dan pergaulan. Di sebelah malam selalu ada program-program yang diatur oleh ABIM dan KPIP. Pada waktu-waktu cuti atau hujung minggu selalunya ada program tamrin atau seminar – yang sebahagian pelajar boleh mengikutinya. Sehingga mereka lebih matang dalam usaha pembinaan syahsiah dan kepimpinan. 

3. Ayah adalah Murshid kepada para sahabatnya di dalam pembinaan pemikiran dan tashawwur

Ayah diminta untuk menyertai usrah pimpinan negeri. Dalam usrah pimpinan ini ikut membincangkan buku-buku yang ditulis oleh tokoh-tokoh pemikir dan pimpinan Islam antarabangsa seperti: Abu A'la al Maududy, Abul Hasan An Nadwy, Mohammad Natsir, Hasan al Banna, Sayyid Qutb, Mohammad Qutb, Abdul Qadir Audah, Hasan al Hudaiby, Mohammad al Ghazali, Yusuf al Qardhawy, Fathi Yakan, Said Hawa dan sebagainya. Manakala tafsir Al Quran terus merujuk kepada tafsir "Fii Zhilal al Quran" oleh Sayyid Qutb. 

Hasilnya, pemikiran dan tashawwur terhadap Islam semakin mantap. Cinta kepada Islam dan komitmen untuk menegakkan risalahnya semakin kuat. Sesungguhnya Institut Sofar telah memberi sumbangan yang tidak kecil ertinya dalam membina kader-kader Islam di negeri ini. Sekurang-kurangnya untuk jangka masa yang tertentu. 

4. Anwar Ibrahim dalam kisah hidup ayah

Anwar Ibrahim yang menjadi Ketua Perwakilan WAMY kawasan Asia Pasifik pada waktu itu berkenan membuat permohonan kepada Darul Ifta', sebuah Lembaga Dakwah di bawah kerajaan Arab Saudi yang menyediakan Pendakwah di seluruh dunia untuk melantik saya sebagai seorang Pendakwah yang ditugaskan di Institut Sofar. 

Maka bermula pada tahun 1984 ayah menjadi Pendakwah Darul Ifta' di bawah pentadbiran Islamic Counsellor pada kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur yang bertugas di Institut Sofar dan negeri Perak. Ayah ditugaskan mengajar di Institut Sofar dan memberi pengajian di masjid-masjid dan surau sekurang-kurangnua 16 kali dalam satu bulan. 

Di samping menyertai program-program dakwah yang dianjurkan oleh kerajaan dan badan-badan dakwah yang ada di negeri Perak. Dengan itu, kesibukan semakin bertambah, kerana dikehendaki untuk melaporkan semua kerja-kerja dakwah itu kepada pentadbiran Islamic Counsellor di Kuala Lumpur setiap bulan. Kerja-kerja ini menambah pengalaman baru bagi ayah kerana terpaksa memahirkan "murasalaat" atau surat menyurat dalam bahasa Arab yang sudah lama ditinggalkan.

5. Ayah menyantuni Qiyadah, memekari Da'wah dan meneruskan usaha Tarbiah

Selain daripada itu ayah dikehendaki juga membaca beberapa kitab penting dan memberi pendapat mengenainya. Tugas ini sudah tentu menambah ilmu dan wawasan pemikiran yang lebih luas. Terutama mengenai pendapat-pendapat para ulama' Salaf al Shalihin.

Pihak ABIM juga membekali ayah kitab-kitab terbaru yang ditulis oleh tokoh-tokoh pemikir dan penulis yang terkenal seperti Dr. Yusuf al Qardhawi, Dr. Thaha Jabir Alwani, Dr. Said Ramadhan al Buthi, Syeikh Muhammad al Ghazali dan Syeikh Abdul Rahman Abdul Khaliq dan meminta kepada ayah untuk menterjemahkannya ke Bahasa Malaysia. 

Di antara buku-buku yang sempat ayah terjemahkan ialah: 
1. Kebangunan Islam Di Antara Tantangan dan Ekstrimisme oleh Dr. Yusuf al Qardhawi. 
2. Perbezaan Pendapat Di Dalam Islam oleh Dr. Thaha Jabir Fayyadh al 'Alwani. 
3. Bagaimana Berinteraksi Dengan Al Quran oleh Syeikh Muhammad Al Ghazali. 
4. Prinsip-prinsip Dakwah salafiyyah oleh Syeikh Abdul Rahman Abdul Khaliq. 
5. Membina Tamadun Menurut Manhaj AL Quran oleh Dr. Muhammad Sa'id Ramadhan al Buthi. 

Semuanya diterbitkan oleh Dewan Pustaka Islam ABIM kecuali yang akhir diterbitkan oleh Penerbitan Salafi. Ada juga beberapa risalah yang ayah terjemahkan dan sempat diterbitkan seperti:
1. Kebahagian Rohani oleh Sayyid Qutb. 
2. Islam Dakwah Yang Syumul oleh Dr. Yusuf Qardhawi. 
3. 40 Nasehat Memperbaiki Rumahtangga oleh Syeikh Muhammad Shaleh al Munajjid. 
4. Saya Ingin Bertaubat, Tapi... oleh Syeikh Mihammad Shaleh al Munajjid. 
5. Kaedah Mengkritik dan Menghukum Menurut Ahlu Sunnah oleh Syeikh Ismail as Shini. 

Selain daripada buku-buku terjemahan ini ada juga buku-buku yang ditulis dalam format kecil, iaitu: 
1. Gejala Sosial: Pendekatan Islam Ke Arah Penyelesaian Menyeluruh. 
2. Kaunseling Dalam Islam. 
3. Anda Ingin Khusyu' Dalam Solat? 
4. Mencari Redha Allah di Bulan Ramadhan. 

Di samping itu ayah juga terlibat juga menulis dan membentang kertas kerja dalam seminar-seminar pemikiran Islam, di antaranya: 

1. Seminar Kesedaran Islam di Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 1986 – Menulis dan membentang kertas kerja bertajuk "Perjuangan Muhammad bin Abdul Wahab dalam membela Sunnah dan Memerangi Bid'ah". 
2. Seminar Pemikiran Islam di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM) pada tahun 1987 – Sebagai pengulas kepada kertas kerja yang bertajuk "Pengaruh Muhammad bin Abdul Wahab Kepada Dunia Islam Dalam Bidang 'Aqidah dan Politik". 
3. Seminar Antarabangsa mengenai pemikiran Islam di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya, Kuala Lumpur pada 24-25 Februari 1990 – Menulis dan membentang kertas Verja bertajuk "Gerakan Syi'ah di Nusantara Kini".
4. Seminar Kecemerlangan Wawasan Ahli Sunnah wal Jama'ah yang berlangsung di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) pada 20 Jun 1996 – Menulis dan membentang Kertas kerja bertajuk "Percanggahan 'Aqidah di antara Ahlu Sunnah dengan Syi'ah". 
5. Muzakarah Guru-Guru Agama Dakwah Negeri Perak Darul Ridzuan pada 27-29 Julai 1989 – Menulis dan mebentang kertas kerja bertajuk "Bekalan Du'aat". 
6. Bengkel Strategi dan Pengurusan Guru Agama Dakwah Negeri Perak pada 13-15 September 1993 – Menulis dan mebentang kertas kerja bertajuk: "Sikap Da'ie Terhadap Gerakan Syi'ah". 

Masih banyak lagi kegiatan-kegiatan dakwah yang diceburi oleh ayah bersama ABIM, Badan-badan Dakwah yang ada di negeri Perak, Jabatan Agama Islam Negeri Perak Darul Ridzuan dan tugas-tugas Dakwah Darul Ifta'. 

Di antaranya yang penting ialah: 
1. Kursus penerapan nilai-nilai Islam bagi pegawai Polis berpangkat Inspektor Kontijen Perak.
2. Kursus peningkatan guru-guru ta'mir masjid/surau negeri Perak
3. Kursus latihan intesnsif imam-imam masjid negeri Perak
4. Muzakarah ulama' mengangkat martabat ummat
5. Menjadi peserta dari negeri Perak dalam  muzakarah dakwah bersepadu peringkat kebangsaan. 

Malahan Pusat Islam memberi kepercayaan kepada ayah untuk berdialog dengan pemimpin-pemimpin Al Arqam yang ditahan di Kem Kemunting Taiping pada tahun 1996. Dengan itu, ayah terlibat secara aktif dalam usaha pemulihan 'aqidah Jamaah Al Arqam yang menyeleweng bersama Jabatan Agama Islam Perak. 

Selain itu ikut aktif dalam menghadapi "gerakan fahaman Syi'ah di tengah-tengah Ahlu Sunnah" pada tahun-tahun 80 an dan 90 an. Sama ada berbentuk tulisan atau ceramah; untuk membendung fahaman ini menular di kalangan Ahlu Sunnah Wal Jamaah. 

Berhadapan dengan gerakan Syiah yang gencar di tengah-tengah golongan Ahlu Sunnah Wal Jama'ah adalah merupakan fenomena baru yang mesti dihadapi dengan segala kesungguhan. Untuk itu, ayah melakukan pengkajian yang teliti kepada sumber-sumber utama (Maraajik) Syi'ah sendiri untuk mendapat gambaran yang jelas sejauh mana percanggahan di antara 'aqidah dan fahaman Syi'ah dengan 'aqidah dan fahaman Ahlu Sunnah bagi meatah hujjah pendakwah-pendakwah Syi'ah dan memberitahu pengikut-pengikut Ahlu Sunnah tentang penyelewengan fahaman Syi'ah itu. 

Ayah sempat menulis tiga kertas kerja mengenai masalah ini, iaitu: 
1. Percanggahan di antara 'aqidah Syi'ah dengan 'aqidah Ahlu Sunnah wal Jama'ah. 
2. Gerakan Syi'ah di Nusantara Kini. 
3. Sikap da'ie terhadap gerakan Syi'ah. 

Ayah juga terlibat di dalam pertubuhan-pertubuhan dakwah yang ada di negeri Perak. Di antaranya Persekutuan Seruan Islam Perak dan PERKIM Bahagian Negeri Perak. Dalam Persekutuan Seruan Islam Perak, ayah dilantik menjadi Ketua Biro Dakwah pada tahun 1996-1999. Manakala di dalam PERKIM menjadi Ahli Jawatankuasa PERKIM Bahagian Negeri Perak pada tahun 1995-1996. 

Saturday 5 January 2013

Deepak dan Musa Hassan - Permainan politik Mahathir yang amat licik untuk selamat dirinya berperisaikan UMNO

1. Pastinya rami sudah berfikir bahawa Musa Hassa sudah bertaubat. Dan pendedahan yang dibuat Musa Hassan seperti suatu "political mileage" buat Pakatan Rakyat.

2. Saya memilih untuk percaya kepada suatu premis bahawa:-
(a) Musa Hassan sedang menjalankan misi politik seseorang iaitu bekas bosnya, Tun DrM
(b) sekurang-kurangnya kini Musa Hassan dapat berpuas hati bahawa sekiranya PR memerintah negara, rakyat Malaysia akan memaafkan kesalahannya yang lampau.

3. Apakah Mahathir di dalam posisi yang bahaya? Saya menetapkan suatu premis bahawa berdasarkan sistem sumber maklumat yang diguna olehnya, harapan untuk BN memenangi PRU 13 amat tipis dan besar kemungkinan akan kalah teruk. Maksudnya, jika PR menang PRU 13, Mahathir akan memikirkan bahawa masa depannya amat gelap.

4. Kenapa Deepak? Beliau dipihak siapa? Deepak sedang menjalankan agenda Tun Dr Mahathir. Untuk apa? Menyingkir kuasa politik Najib.

5. Adakah Najib menentang Mahathir? Besar kemungkinan tidak, tetapi kedudukan Najib di tangan kuasa politik BN/UMNO adalah malapetaka buat UMNO kerana "isu Rosmah" adalah bala untuk UMNO.

6. Kenapa Mahathir perlu singkirkan Najib? Ianya sangat perlu bagi memberikan UMNO sedikit lagi nafas baru untuk bersaing dalam PRU 13 tanpa "liabiliti Najib" terhadap UMNO. 

7. Apakah yang akan berlaku? Kita katakan begini;
(a) Najib akan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri; kesannya - Dewan Rakyat akan terbubar secara automatik.
(b) Muhyiddin Yassin akan memangku jawatan PM di dalam sebuah Kerajaan 'Caretaker'.
(c) Bilakah masanya? Iaitu suatu masa menurut "arahan" Tun Dr M. Dan ianya 'bagaikan' beliaulah yang menentukan tarikh PRU 13. 


Friday 4 January 2013

Meneruskan Perjuangan Ayahanda Ustaz Rivai Dan Nenda Sheikh Juneid

1. Saya diberi nama Ahmad Akhdhor oleh abah ketika dilahirkan di Taiping pada tahun 1978.

2. Kini saya menjawat jawatan sebagai Ketua Cabang AMK Tambun.

3. Saya dibesarkan di Ipoh sejak keluarga saya berpindah ke Gugusan Manjoi pada tahun 1980. 

4. Saya memulakan prsekolahan awal saya di Sekolah Kebangsan Manjoi dan kmudiannya menyambung pengajian ke Sekolah Izzuddin Shah di Ipoh.

5. Saya melanjutkan pengajian tingi di bidang Pengurusan Sistem Informasi di peringkat Sarjana Muda di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

6. Kini saya juga aktif sebagai Presiden ARIF International Foundation iaitu sebuah institusi penyelidikan dan pembangunan yang melibatkan para Akademia, Rausyanfikir, Intelegentsia dan Fuqaha'.

7. Perjuangan saya ialah di bidang Da'wah dan Tarbiah.

Zaman Kebangkitan Anak Muda!

AHMAD AKHDHOR BIN DATO’ HAJI MUHAMMAD RIVAI BATUBARA
KETUA AMK CABANG TAMBUN 

“Kini AMK Cabang Tambun amat komited untuk menubuhkan 32 Briged AMK Tambun di kesemua Daerah Mengundi dalam Parlimen Tambun dan akan menyusun 85 Ranting Jentera Pilihanraya AMK Tambun untuk KEMENANGAN PAKATAN RAKYAT di dalam pilihanraya ke-13 kali ini bagi kerusi Parlimen Tambun.”