Thursday 10 January 2013

APCO Worldwide perlu dinyahkan dari Malaysia - Siri 1


Apabila kita bercakap mengenai Yahudi Zionis ini, perkara pertama yang akan terlintas di pemikiran kita ialah keganasan Yahudi Israel Zionis terhadap umat Islam di Palestin. Isu Palestin ini sudah begitu lama dan tiada langsung tanda-tanda yang ianya akan berakhir.

Kita juga seharusnya melihat bahawa agenda Yahudi Zionis bukan sekadar untuk menakluki Palestin tetapi mereka juga mahu menghapuskan Islam secara keseluruhannya secara jasmaniah atau rohaniyah di atas muka bumi Allah ini.

Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran surah Al-Baqarah ayat 120:

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu."

Dalam Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa Yahudi tidak akan berhenti selagi umat Islam tidak mengikut mereka dan sesiapa yang menolak petunjuk Allah dan menjadikan Hawa Nafsu Yahudi dan Nasrani sebagai ikutan, maka Allah akan cabut ikatan dan pertolongan daripadaNya.

Dalam satu ayat yang lain, Surah Al-Maidah ayat 82, Allah menyatakan bahawa Yahudi Zionis ini sememangnya akan memusuhi Islam sekeras-kerasnya: 

Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik.....

Kebangkitan Islam secara Global

Akhir-akhir ini, apabila kebangkita gerakan Islam dalam menguasai pemerintahan negara terutamanya di Timur Tengah amat membimbangkan Yahudi Zionis. Dengan kemenangan Ikhwanul Muslimin di Mesir, maka Yahudi Zionis cuba mencipta suatu lagi kebangkitan untuk menjatuhkan Mohd Morsi dan kepimpinan Ikhwanul Muslimin.

Oleh itu, apabila berlaku kebangkitan rakyat Syiria terhadap regim zalim Bashar al-Assad, mereka cuba untuk mencucuk jarum agar kepimpinan Syiria tidak jatuh ke tangan kebangkitan rakyat yang dipimpin gerakan Ikhwanul Muslimin sekiranya Bashar tumbang. Maka mereka mencari-cari jalan untuk menangani isu tersebut menggunakan Amerika.

Apa yang ditakuti oleh Yahudi Zionis ialah sekiranya pemimpin-pemimpin gerakan Islam yang mendominasi kepimpinan negara, maka usaha mereka untuk terus menawan palestin dan menghancurkan Islam menjadi semakin sukar.

Senario di Malaysia dan kaitan dengan Yahudi

Kehadiran 3 tokoh ulamak besar dunia ke Malaysia seperti:

1. Dr. Yusuf Al-Qardhawi
2. Dr. Wahbah Az-Zuhaili
3. Dr. Mohd Ali As-Sabouni

menjadi suatu titik persoalan kepada kita. Sedangkan mereka sebelum ini hanya menumpu kepada bidang ilmuan dan jarang mencampuri urusan politik negara. Malahan Dr. Ali As-Sabouni dalam ucapannya kepada pelajar-pelajar UKM baru-baru ini menyebut agar mereka memilih pemimpin yang baik, adil dan perihatin kepada rakyat (merujuk kepada kepimpinan PR) dalam PRU ke 13 ini. Dr. Yusof Al-Qardhawi juga menyebut dalam laman webnya bahawa InsyaAllah PR akan menang dalam PRU 13 ini.

Mereka ini adalah golongan yang taqarrub dgn Allah SWT. Jadi pandangan mereka tidak boleh dipandang enteng.

Kenapa ini berlaku? Malaysia hanya sebuah negara kecil sahaja tetapi kenapa ianya menjadi tumpuan mereka? Ini akan diceritakan akan datang.

No comments:

Post a Comment